Friday, August 3, 2012

Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr


Gigs manakah yang paling mendapat sambutan di laman Fiverr? Apakah kelebihan gigs tersebut? Berapakah jumlah order yang diperolehi? Pelbagai persoalan berlegar difikiran. Untuk mendapatkan jawapannya, layari laman Fiverr!

Gunakan fungsi 'filter gigs by popularity' dan anda boleh lihat 3 gigs teratas yang paling popular dikalangan pengunjung Fiverr. Apakah ciri-ciri gigs tersebut? Apakah keistimewaan gigs tersebut dan bagaimana gigs tersebut mampu menarik ribuan order untuk gigs yang ditawarkan?

Apabila saya menggunakan fungsi 'filter gigs by popularity' pada masa ini, gigs teratas adalah gigs yang menawarkan perkhidmatan berkaitan video, iaitu 'I will create 3 videos about a topic of your choice for $5'. Gigs ini telah berjaya memperolehi 1603 order! 1603 x 5 US Dollar = 8015 US Dollar. Hampir RM 25,000!!

Lihat description gigs tersebut :

"..Videos is a must have for any business to be successful. If you give me an idea or topic, I can create 3 1 minute videos about your topic. I will find the images and add the text as well as mix the music into the video. You can see a sample here: http://www.demotest123.com/fiverr/sample.html Topic in this video is 'vitamins and supplements.."

Servis/perkhidmatan yang simple, mudah dan ringkas. Paling utama mendapat permintaan tinggi.Berdasarkan gigs ini anda boleh membuat pengubahsuaian terhadap gigs tersebut dengan menampilkan beberapa ciri-ciri tambahan bagi menyaingi gigs tersebut. Gigs yang anda cuba buat terbukti mempunyai permintaan berdasarkan carian 'filter gigs by popularity' dan telah memperolehi 1000 lebih pesanan. Anda perlu mengikut trend di Fiverr. Elakkan menawarkan sesuatu yang telah terbukti tiada sambutan atau permintaan.

Jadi apa yang penting di sini, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran Fiverr dan mengaktifkan gigs anda. Apa yang akan anda tawarkan di laman Fiverr adalah servis/perkhidmatan yang telah mempunyai permintaan. Anda perlu lebih kreatif untuk bersaing dengan menawarkan nilai tambah atau apa sahaja yang boleh menarik minat pembeli. Bersaing secara sihat di laman Fiverr. Elakkan menawarkan gigs yang melanggar syarat, terma dan peraturan yang telah ditetapkan.

Walaupun 5 US Dollar dilihat sebagai satu jumlah yang kecil, tetapi dengan menggunakan formula fiverr, anda mampu menjana pendapatan berganda dengan memperolehi order dari pelanggan secara berterusan. Jika newbie mampu menjana income lumayan di laman fiverr, anda juga mampu. Pelbagai teknik telah diperkenalkan oleh rakan-rakan IM. Take Action! Gunakan peluang yang ada untuk meraih 5 US Dollar dengan mudah, ringkas dan senang. Tanpa kemahiran tertentu, anda juga mampu menjana pendapatan di laman Fiverr. Jom Fiverr!!

Friday, July 27, 2012

2 Tips Mudah Kaji Permintaan Pasaran Di Fiverr


Sebelum anda menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr, anda mestilah melakukan sedikit kajian pasaran dan permintaan di Fiverr. Ianya penting untuk memastikan servis/perkhidmatan yang bakal anda tawarkan di laman Fiverr mendapat order. Secara tidak langsung, anda dapat menjana 5 US Dollar untuk setiap order. Ianya juga untuk mengelakkan anda dari menawarkan servis/perkhidmatan yang tiada permintaan di Fiverr.

Tips 1 rujuk gigs yang mempunyai riben 'Featured'. Gigs yang mempunyai riben 'Featured' tidak semestinya mempunyai permintaan yang tinggi. Biasanya gigs yang mempunyai ciri begitu merupakan gigs yang kreatif. Kaji apakah yang ditawarkan di dalam gigs tersebut. Rujuk ruangan description, iaitu penarangan tentang servis/perkhidmatan yang ditawarkan. Lihat jumlah order untuk gigs tersebut. Gigs yang mempunyai 'featured' akan berada di muka depan laman Fiverr. Kebanyakan gigs yang mempunyai 'featured' menawarkan servis/perkhidmatan yang berkaitan penyediaan video. Apabila gigs anda berada di senarai teratas di muka depan laman Fiverr, gigs tersebut akan mendapat traffik yang tinggi berbanding gigs yang berada dalam senarai di laman ( page ) ke-2 dan ke-3. Secara tidak langsung meningkatkan potensi gigs tersebut mendapat order. Semakin banyak order, semakin banyak pendapatan yang bakal anda perolehi.

Tips ke-2 yang boleh anda gunakan untuk menkaji permintaan di laman Fiverr ialah penggunaan fungsi tapisan, iaitu 'filter gigs by' yang terdapat di laman Fiverr. Disyorkan buat pilihan 'filter gigs by popularity'. Apabila menggunakan fungsi tapisan ini, anda akan dapat mengetahui gigs yang paling popular dan mendapat sambutan di Fiverr. Apabila menggunakan fungsi 'filter gigs by popularity', anda akan mengetahui 20 gigs paling popular yang dipaparkan di laman ( page ) utama/pertama Fiverr. Gigs yang berada di page utama Fiverr akan mendapat traffik yang cukup tinggi. Jadi potensi gigs itu untuk di order amat tinggi. Sepertimana yang dinyatakan dalam tips 1, semakin banyak order, semakin banyak pendapatan yang bakal anda perolehi di laman Fiverr.

20 gigs yang tersenarai di laman ( page ) pertama laman web Fiverr akan memberikan info dan data yang dapat membantu anda mengetahui ciri-ciri gigs yang mendapat sambutan dan popular. Ini dapat mengelakkan anda dari menyediakan gigs yang tidak mendapat sambutan. Kaji dan ketahui apakah yang ditawarkan oleh 20 gigs tersebut. Rujuk bagaimana penerangan tentang servis/perkhidmatan yang ditawarkan. Lihat penggunaan gambar atau video yang relevan untuk gigs tersebut.

Dengan 2 tips mudah ini, anda boleh memulakan langkah mengkaji gigs yang mendapat permintaan yang tinggi di Fiverr. Hasil daripada kajian ini akan memberikan idea untuk anda bagi menawarkan servis/perkhidmatan yang mempunyai permintaan di laman Fiverr. Fikirkan servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif berdasarkan 20 gigs yang paling popular di Fiverr. Selamat mencuba dan semoga berjaya menjana pendapatan di Fiverr. Untuk lebih banyak tips & trik, dapatkannya di sini.

Sunday, July 22, 2012

Ketahui Terma & Syarat Di Fiverr Secara Ringkas


Sebelum menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr, anda perlu mengetahui secara ringkas terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr. Ianya untuk mengelakkan anda dari menawarkan servis/perkhidmatan yang dilarang atau melakukan sesuatu yang melanggar syarat yang ditetapkan. Jika ini berlaku akaun Fiverr anda akan disenaraihitamkan atau ditamatkan. Ibarat berkunjung ke laman orang, kita perlu menghormati tuan rumah.

Berikut adalah terma & syarat Fiverr secara ringkas yang perlu anda ketahui :


  • Servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dinamakan gigs.
  • Setiap gigs yang ditawarkan berharga 5 US Dollar.
  • Hanya pelawat laman Fiverr yang berdaftar sahaja boleh melakukan urusan jual-beli. Pendaftaran akaun Fiverr adalah percuma.
  • Gigs diorder melalui fungsi butang 'ORDER NOW'.
  • Penjual menerima bayaran gigs melalui akaun Paypal.
  • Bagi pembeli pula, bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.
  • Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Jadi penjual akan menerima 4 US Dollar untuk setiap order.
  • Pembeli akan membuat bayaran 5 US Dollar kepada pihak Fiverr apabila membuat order.
  • Selepas pembeli menerima order dari pihak penjual, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr penjual.
  • Penjual perlu menyiapkan gigs yang ditawarkan mengikut tempoh masa yang dinyatakan di dalam gigs. Jika gagal menyiapkan dalam tempoh masa tersebut, pembeli boleh membatalkan order dan 5 US Dollar akan dipulangkan. Pembatalan order mungkin akan menjejaskan reputasi dan rating penjual.
  • Pihak penjual juga boleh membatalkan order yang diterima dalam masa yang ditetapkan. Namun hal ini boleh menjatuhkan rating penjual.
  • Pihak Fiverr bertanggungjawab menjaga privasi pengguna Fiverr dan info berkaitan pengguna Fiverr adalah dilindungi. Pengguna tidak dibenarkan mendedahkan atau meminta details pengguna lain seperti e-mail, skype dll.
  • Komunikasi antara pihak penjual-pembeli boleh dilakukan menggunakan fungsi mesej yang disediakan oleh pihak Fiverr.
  • Gigs yang dilarang adalah seperti mengandungi unsur-unsur lucah ( 18SX ), perisian cetak rompak/ciplak, spam dll. Akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan secara tetap jika berlaku perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Penjual perlu menghantar gigs yang telah siap menggunakan fungsi 'Deliver Worked Completed' ( ada di laman Order Page ). Pihak Fiverr tidak bertanggungjawab atas sebarang penghantaran dokumen yang mengandungi virus, malware dll oleh pihak penjual kepada pembeli.
  • Setiap gigs yang telah lengkap & dihantar oleh penjual, pihak pembeli mempunyai tempoh masa selama 3 hari untuk memaklumkan respon bahawa order gigs tersebut telah selesai/lengkap.
  • Bayaran gigs yang dimasukkan ke akaun Fiverr boleh dikeluarkan/withdraw melalui akaun Paypal.
  • Baki wang di akaun Fiverr boleh digunakan untuk membuat bayaran untuk order gigs dengan syarat baki wang akaun Fiverr anda sekurang-kurangnya 5 US Dollar.
  • Tempoh 'safety clearance' untuk mengeluarkan wang dari akaun Fiverr ke akaun Paypal dalah 14 hari selepas Fiverr mencreditkan bayaran order ke akaun Fiverr.
  • Paypal mengenakan caj sebanyak 2% bagi setiap transaksi withdraw dari akaun Fiverr ke akaun Paypal.


Mulakan gigs pertama anda di laman Fiverr untuk menjana pendapatan 5 US Dollar bagi setiap order. Pastikan gigs anda mematuhi terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Fiverr. Jom Fiverr dan selamat menjana pendapatan di Fiverr! >>>KLIK SINI<<<

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana Fiverr Berfungsi?


Secara asasnya Fiverr berfungsi secara 2 hala yang melibatkan 2 pihak, iaitu PENJUAL & PEMBELI.


  • PENJUAL

Penjual buat gigs yang menawarkan servis/perkhidmatan. Setiap akaun Fiverr boleh memuatkan maksima 20 gigs.
Penjual akan mengaktifkan gigs di laman Fiverr.
Penjual akan dimaklumkan melalui e-mail apabila terdapat order untuk gigs yang diiklankan.
Penjual boleh berkomunikasi dengan pelanggan tentang order dan pengesahan order akan dibuat oleh pelanggan.
Selepas order lengkap dan telah dihantar ke pelanggan, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr penjual dalam tempoh 48 jam. Setiap transaksi per order, caj 1 US Dollar akan dikenakan oleh pihak Fiverr.
Selepas 14 hari, wang tersebut boleh dikeluarkan/withdraw ke akaun Paypal penjual.


  • PEMBELI

Pembeli akan mencari item atau servis yang mereka inginkan.
Pembeli boleh berkomunikasi dengan pihak penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gigs yang diiklan sebelum bersedia melakukan pembelian.
Setiap order, pembeli perlu membayar 5 US Dollar menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.
Apabila gigs yang dibeli telah lengkap, dimana pihak penjual menghantar item berkaitan kepada pembeli.
Pembeli mempunyai masa selama 48 jam selepas penerimaan item dari penjual untuk melakukan sebarang perubahan.
Selepas lengkap pembelian gigs, pembeli boleh menulis feedback tentang penjual.


Biasanya pembeli mementingkan feedback yang diperolehi oleh pihak penjual, dimana pelanggan yang pernah melakukan pembelian servis/perkhidmatan yang ditawarkan menulis feedback mereka, samada ianya positif atau negatif. Feedback yang positif akan meningkatkan kredibiliti penjual dan tahap kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu gigs. Feedback yang negatif boleh menyebabkan kredibiliti penjual terjejas. Pembeli perlu berhati-hati memilih servis/perkhidmatan agar berpuashati dengan apa yang diperolehi. Walaupun setiap order bernilai 5 US Dollar, tidak bermakna kepuasan pelanggan diabaikan.

Untuk merebut peluang menjana US Dollar sebagai penjual di laman Fiverr, anda perlulah menawarkan servis/perkhidmatan yang lain dari yang lain dan kreatif agar dapat bersaing dengan penjual-penjual lain di Fiverr. Apabila memperolehi order, berikan mutu kerja yang berkualiti agar mendapat feedback yang positif dari pembeli. Semakin banyak feedback positif yang anda perolehi, semakin tinggi level kredibiliti anda dan secara tidak langsung tahap kepercayaan pelanggan turut meningkat. Ianya adalah elemen penting yang perlu diambil serius untuk berjaya dalam bidang perniagaan secara online, bukan hanya di laman Fiverr sahaja.

Rebut peluang menjana pendapatan US Dollar di laman Fiverr dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang kreatif dan unik. Dengan teknik & formula yang betul, anda mampu menjana pendapatan secara berterusan di Fiverr. Mulakannya hari ini.

Masih buntu dan kekeringan idea untuk gigs anda di Fiverr? Dapatkan Formula Teknik Fiverr XXXXX yang membongkarkan formula rahsia mencipta gigs yang mendapat sambutan & permintaan yang tinggi, gigs yang mudah & senang disiapkan dalam tempoh masa kurang dari 15 minit. Mulakan langkah awal anda menjana income di Fiverr dengan Teknik Fiverr XXXXX.

Wednesday, July 11, 2012

Newbie Juga Mampu Jana Wang Di Fiverr


Bagi mereka yang kreatif dan memiliki kemahiran tertentu, laman web Fiverr merupakan lubuk untuk menjana pendapatan secara online dengan mudah dan senang. Dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang mudah dan hanya memerlukan sekitar 10-15 minit untuk diselesaikan, ganjaran 5 US Dollar diperolehi untuk satu order. Walaupun 5 US Dollar dilihat satu jumlah yang kecil, namun kuantiti order yang banyak mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Ibarat kata pepatah ' kumpul sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit '. Pepatah yang cukup relevan bagi peluang menjana pendapatan di laman fiverr.

1 order di Fiverr, anda memperolehi 5 US Dollar. Sasarkan 10 order sehari di laman Fiverr. Anda bakal memperolehi 50 US Dollar sehari dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang ringkas, di mana anda hanya memerlukan masa antara 10-15 minit untuk menyelesaikannya. Untuk 10 order, anda mungkin memerlukan masa kurang dari 60 minit atau 1 jam dan akan memperolehi 50 US Dollar sehari. Kira-kira RM 150 setiap hari. Lumayan bukan ? Jika ada IM tempatan yang mampu memperolehi antara 50 - 100 US Dollar setiap minggu melalui penawaran servis / perkhidmatan yang ringkas di Fiverr, mengapa anda tidak mampu? Tawarkan sesuatu yang unik dan kreatif.

Bagi newbie, mungkin agak susah untuk memikirkan apakah servis / perkhidmatan yang boleh ditawarkan di laman Fiverr. Tidak perlu risau tentang hal ini. Terdapat beberapa otai IM tempatan yang telah berjaya menjana pendapatan di laman Fiverr menyediakan beberapa pilihan teknik atau formula bagi mengenalpasti servis / perkhidmatan yang boleh ditawarkan di Fiverr dan mula menjana 5 US Dollar untuk setiap order. Terdapat produk digital seperti e-book dan video berkaitan teknik atau formula Fiverr yang ditawarkan oleh otai IM tempatan pada harga yang berpatutan. Dapatkan produk digital seperti e-book dan video yang berkaitan teknik dan formula Fiverr untuk mengetahui tips serta panduan menjana pendapatan di laman Fiverr. Anda juga boleh mendapatkan info berguna secara percuma melalui perbincangan tentang tips dan teknik menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr melalui perbincangan tentang Fiverr di forum wangcyber.

Pelbagai info dan tips berguna berkaitan Fiverr yang boleh anda perolehi samada melalui produk digital ( e-book, video dll ) berbayar atau melalui ruang diskusi tentang Fiverr di forum wangcyber. Banyak medium perkongsian info dan maklumat online berkaitan teknik menjana pendapatan di laman Fiverr. Antara produk digital yang menawarkan tips dan teknik menjana pendapatan di laman Fiverr adalah seperti Formula Rahsia Jana Wang Fiverr, Teknik Advance Fiverr, Formula Buat USD 3000 Sebulan Di Fiverr dan lain-lain lagi. Jom Fiverr!

Thursday, July 5, 2012

Bina Empayar 5 US Dollar Anda Di Fiverr




Secara mudahnya Fiverr merupakan laman web yang membolehkan anda menawarkan untuk melakukan sesuatu ( servis/perkhidmatan ) dengan caj bayaran 5 US Dollar kepada pelanggan. Apa jua servis/perkhidmatan boleh anda tawarkan di laman web Fiverr ( tertakluk pada terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr ). Lakukan apa sahaja dengan caj sebanyak 5 US Dollar seperti menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam versi Bahasa Jepun, menulis nama seseorang atau mesej di anggota badan, menulis artikel untuk laman blog dan pelbagai lagi.

Ianya nampak cukup mudah dan senang. Tetapi tidak ramai yang memanafaatkan peluang menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr secara optimum dan efektif. Terdapat potensi yang cukup luas untuk 'dimanupulasikan' apa yang ditawarkan di laman web Fiverr untuk anda nikmati. Pengguna Fiverr yang kreatif mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan hanya menawarkan servis/perkhidmatan ringkas kepada para pelanggan dengan dibayarj sebanyak 5 US Dollar.

Jika anda hanya menyediakan 1 gigs yang menawarkan produk atau servis/perkhidmatan di laman Fiverr dan menantikan order dari pelanggan, anda bakal terlepas banyak peluang mudah menjana 5 US Dollar di Fiverr. Peluang gigs anda berada di muka depan Fiverr yang menjadi tumpuan ramai adalah sangat tipis. Secara tidak langsung mengecilkan peluang anda menarik pelanggan dengan tawaran servis/perkhidmatan yang anda iklankan. Tanpa traffic ke gigs anda bermakna tiada hasil. Seperti mana peluang-peluang menjana pendapatan secara online secara mudah dan ringkas, ianya memerlukan sesuatu yang unik dan kreatif. Paling penting mempunyai permintaan. Tanpa permintaan, gigs yang anda iklankan bakal berkubur. Jadi anda perlu fikirkan formula dan teknik terbaik untuk menarik traffic ke gigs anda dan menukarkannya kepada 5 Us Dollar untuk setiap traffik. Sukar dan mustahil ? Tahukah anda terdapat IM tempatan yang menjana pendapatan lumayan dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas di Fiverr.

Pelbagai teknik dan formula berkaitan teknik menjana wang di laman Fiverr telah dibongkarkan oleh otai-otai Fiverr. Pelajari teknik dan formula yang mereka kongsikan. Ada yang berbayar. Namun caj yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi. Dengan ilmu dan kemahiran yang anda akan perolehi, dalam masa singkat kos pembelian teknik atau formula Fiverr dapat diperolehi semula. Dengan syarat mengikut apa yang diajar dan berusaha. Anda juga boleh berkongsi info tentang Fiverr secara percuma melalui ruangan diskusi tentang Fiverr di laman forum wangcyber. Ramai otai Fiverr yang sudi meluangkan masa menjawab dan berkongsi teknik menjana US Dollar secara percuma di ruangan perbincangan tersebut. Kepelbagaian teknik atau formula untuk anda gunakan. Yang penting belajar dan berusaha melakukannya.

Servis/perkhidmatan yang berkualiti juga bakal memberi potensi besar untuk anda di Fiverr. Jika pelanggan berpuas hati dan memberikan feedback yang positif tentang servis/perkhidmatan yang anda tawarkan, secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti dan tahap kepercayaan pelanggan lain untuk turut sama menggunakan servis/perkhidmatan yang anda tawarkan di laman Fiverr. Jangan ambil mudah untuk setiap order yang anda perolehi. Teori pemasaran mengatakan 'pelanggan adalah raja'. Berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Anda mungkin memperolehi pelanggan tetap dan mampu membina sebuah empayar servis/perkhidmatan anda di Fiverr. Menarik bukan? Mulakan membina empayar anda di Fiverr hari ini! >>KLIK SINI<<

Tuesday, July 3, 2012

Apa itu Fiverr?



Pernahkah anda mendengar tentang Fiverr? Tahukah anda laman Fiverr menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan US Dollar secara online? Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan tempat kepada anda menjual produk, menawarkan servis/perkhidmatan atau apa saja dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawarkan apa sahaja yang sanggup anda lakukan untuk bayaran berjumlah 5 US Dollar.

Ketahui 2 kategori pengguna di laman Fiverr, iaitu :

i. Penjual – menawarkan pelbagai produk dan servis/perkhidmatan
ii. Pembeli produk atau servis/perkhidmatan

Jika anda ingin merebut peluang menjana pendapatan dalam US Dollar, anda boleh bertindak sebagai penjual di laman Fiverr dengan menawarkan apa jua produk atau servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawarkan apa jua yang anda miliki – produk, kemahiran, bakat dll. Pastikan ianya berbaloi pada kadar harga 5 US Dollar! Iklankan tawaran anda di Fiverr kepada prospek/pembeli di laman Fiverr. Antara servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di laman Fiverr adalah seperti kemahiran grafik, programming, penulisan artikel, servis SEO, pemasaran sosial, perkhidmatan pengiklanan dan pelbagai lagi jenis servis/perkhidmatan.

Untuk bermula di Fiverr, anda hanya perlu melayari laman Fiverr << http://fiverr.com/ >> dan mendaftar akaun Fiverr. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk tujuan pendaftaran. Pastikan anda membaca syarat, terma dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr agar tidak menawarkan produk atau servis/perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Rujuk bahagian FAQ untuk sebarang persoalan yang berkaitan dengan Fiverr. Pastikan anda memahami syarat,terma dan peraturan yang ditetapkan sebelum mula menyediakan gigs pertama anda di Fiverr. Jika melanggar terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan, akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan atau dibatalkan.

Sebagai penjual di Fiverr, anda menawarkan produk atau servis/perkhidmatan pada kadar harga 5 US Dollar. Setiap order yang anda perolehi dan dihantar kepada pelanggan, anda akan menerima hanya 4 US Dollar sahaja. Pengendali Fiverr mengenakan caj 1 US Dollar bagi setiap transaksi jualan yang anda lakukan. Pastikan anda mempunyai akaun Paypal bagi urusan jual-beli di laman Fiverr. Daftar akaun Paypal di sini <<https://www.paypal.com/>>. Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan pendaftaran akaun Paypal.

Selain membuat tawaran jualan produk atau servis/perkhidmatan anda di laman Fiverr, anda juga digalakkan turut membuat pengiklanan gigs anda di laman-laman lain. Contohnya di blog rakan-rakan anda, laman sosial Facebook, Tweeter dan banyak lagi. Prospek produk atau servis/perkhidmatan yang anda ditawarkan bukan sekadar terdapat di Fiverr sahaja. Kini terdapat lambakan laman web yang turut memperkenalkan konsep sama seperti yang ditawarkan di laman Fiverr. Menariknya terdapat kepelbagaian kadar harga yang diperkenalkan di laman lain. Jadi terdapat pelbagai pilihan untuk anda iklankan produk atau servis/perkhidmatan yang anda tawarkan di Fiverr.