Wednesday, July 11, 2012
Newbie Juga Mampu Jana Wang Di Fiverr
Bagi mereka yang kreatif dan memiliki kemahiran tertentu, laman web Fiverr merupakan lubuk untuk menjana pendapatan secara online dengan mudah dan senang. Dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang mudah dan hanya memerlukan sekitar 10-15 minit untuk diselesaikan, ganjaran 5 US Dollar diperolehi untuk satu order. Walaupun 5 US Dollar dilihat satu jumlah yang kecil, namun kuantiti order yang banyak mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Ibarat kata pepatah ' kumpul sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit '. Pepatah yang cukup relevan bagi peluang menjana pendapatan di laman fiverr.
1 order di Fiverr, anda memperolehi 5 US Dollar. Sasarkan 10 order sehari di laman Fiverr. Anda bakal memperolehi 50 US Dollar sehari dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang ringkas, di mana anda hanya memerlukan masa antara 10-15 minit untuk menyelesaikannya. Untuk 10 order, anda mungkin memerlukan masa kurang dari 60 minit atau 1 jam dan akan memperolehi 50 US Dollar sehari. Kira-kira RM 150 setiap hari. Lumayan bukan ? Jika ada IM tempatan yang mampu memperolehi antara 50 - 100 US Dollar setiap minggu melalui penawaran servis / perkhidmatan yang ringkas di Fiverr, mengapa anda tidak mampu? Tawarkan sesuatu yang unik dan kreatif.
Bagi newbie, mungkin agak susah untuk memikirkan apakah servis / perkhidmatan yang boleh ditawarkan di laman Fiverr. Tidak perlu risau tentang hal ini. Terdapat beberapa otai IM tempatan yang telah berjaya menjana pendapatan di laman Fiverr menyediakan beberapa pilihan teknik atau formula bagi mengenalpasti servis / perkhidmatan yang boleh ditawarkan di Fiverr dan mula menjana 5 US Dollar untuk setiap order. Terdapat produk digital seperti e-book dan video berkaitan teknik atau formula Fiverr yang ditawarkan oleh otai IM tempatan pada harga yang berpatutan. Dapatkan produk digital seperti e-book dan video yang berkaitan teknik dan formula Fiverr untuk mengetahui tips serta panduan menjana pendapatan di laman Fiverr. Anda juga boleh mendapatkan info berguna secara percuma melalui perbincangan tentang tips dan teknik menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr melalui perbincangan tentang Fiverr di forum wangcyber.
Pelbagai info dan tips berguna berkaitan Fiverr yang boleh anda perolehi samada melalui produk digital ( e-book, video dll ) berbayar atau melalui ruang diskusi tentang Fiverr di forum wangcyber. Banyak medium perkongsian info dan maklumat online berkaitan teknik menjana pendapatan di laman Fiverr. Antara produk digital yang menawarkan tips dan teknik menjana pendapatan di laman Fiverr adalah seperti Formula Rahsia Jana Wang Fiverr, Teknik Advance Fiverr, Formula Buat USD 3000 Sebulan Di Fiverr dan lain-lain lagi. Jom Fiverr!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment